Malaysia Football Formation
Lineup (4-1-2-3)
norazlan razali · razman roslan · marzuki yusof · shahrizan saleh · mahali jasuli · shukor adan · amirul hadi · badhri radzi · azwan roya · norshahrul · ashaari shamsuddinSubs:
1 Apek
2 Aidil Zafuan
3 Nik Shahrul Azim
4. Shakir Shaari
5. Wan Zack
6. Azamuddin Akil
7. Indra Putra
Pemilihan berdasarkan prestasi semasa dalam liga, pengalaman (dalam negara & internasional), kebolehan individu, strength di posisi masing-masing, setakat 5 Jun 2013.
Norazlan:
tengah on form, dan paling penting sentiasa konsisten.
mahali:
sukar untuk memecahkan dominasinya di right back.
tugasnya selain defending, akan kerap melakukan kepakarannya iaitu larian overlapping dan melakukan early cross ke target man. kadang-kadang ditugaskan untuk lari kedalam box membantu serangan.
razman roslan:
sukar untuk melepasi barisan pertahananya.sentiasa berada di tempat yang betul bila menutup ruang yang ditinggalkan right back. beliau disenaraikan di 1st eleven berbanding aidil kerana teknik landing & gaya permainan aidil terlalu aggresif dan boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri, sama sepeprti kembarnya yang sedang cedera jangka masa panjang.
marzuki yusof:
walaupun berada di kelab yang terumbang ambing, pengalamanya dan kekebalannya sangat diperlukan.saiz badan yang tegap amat diperlukan untuk menewaskan striker-striker luar negara.
shahrizan saleh
malaysia tidak mempunyai left back yang betul-betul mantap buat masa ini. asrarudin yang menjadi regular pada skuad rajagobal tidak banyak membantu dan sering ditewaskan winger lawan. fitri omar mempunyai crossing yang bahaya tetapi kurang cergas buat masa sekarang. zubir azmi terlalu muda. shahrizan dilihat antara yang layak.
shukor adan
Jeneral di padang.susah untuk melepasi beliau. disegani dan ditakuti, malah dibenci lawan. posisi paling berkesan untuknya adalah di defensive meidfield dan sit very deep inside own half.satu-satunya tugas beliau adalah marking & control seketatnya player lawan yang paling bahaya.
amirulhadi & badhri radzi
apa lagi boleh dikatakan..2 orang center midfield ini adalah creative force dalam team masing2.
norshahrul
berkesan sebagai inside forward. dengan kebolehan dribbling dan gemar untuk cut inside, beliau mampu mencipta gol untuk dirinya dan melakukan larian kedalam dan sekaligus membuka ruang untuk right back yang overlapping (mahali).
azwan roya
wajar diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa. menyinar sejak di kelantan tetapi mula dikenali sejak di JDT.
ashaari shamsuddin
kenapa ashaari? beliau biasa dimainkan di attacking midfield atau winger. jarang diturunkan sebagain striker. akan tetapi beliau mempunyai instinct yang kuat sebagai goal scorer. mempunyai daya positioning yang mudah dibaca rakan tetapi sukar dicontrol lawan. pandai mencari ruang di blind spot lawan. skill off the ball yang tinggi. tidak perlu dihadkan sebagai main striker, tetapi selesa dibenarkan untuk roaming sesuka hati di barisan hadapan.
*ini adalah sekadar pandangan peribadi berdasarkan kriteria yang disebutkan diatas.
penulis tidak mempunyai pengalaman coaching. sesungguhnya jurulatih sebenar lebih pandai dalam hal taktikalnya.